Tentang Kami

Tentang Mayyababy

MAYYABABY diuruskan sepenuhnya oleh Tuan Mohamad Fauzi bin Mohd Yusof bersama Puan Reni Ismalia binti Edy selaku Pengasas dan dibantu oleh beberapa kakitangan yang bertindak dalam pengurusan syarikat dan hal-hal yang berkaitan mutu syarikat.

Latar Belakang syarikat

MAYYARICH SDN BHD (MayyaBaby HQ) telah ditubuhkan pada November 2016. Kini, kami telah menjadi salah sebuah syarikat pengeluar produk penjagaan bayi dan kanak-kanak berasaskan herba semulajadi di Malaysia. Syarikat ini bertapak di No 14 Jalan Enau 11, Taman Teratai, Skudai, Johor Bahru. Kami menawarkan produk-produk penjagaan bagi bayi dan kanak-kanak, di mana syarikat kami telah menghasilkan produk yang dibangunkan melalui penyelidikan yang mendalam dan pemantauan teliti terutama dari segi kualiti piawaian untuk kepuasan pelanggan-pelanggan kami.

Hari ini dengan menggunakan label MAYYABABY kami mempunyai STOKIS dan EJEN di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, dan cawangan di luar negara yang terletak di Singapura dan Brunei.

Di samping itu, kami juga merupakan pengeluar makanan tambahan yang diiktiraf di rantau ini dengan penggunaan bioteknologi yang moden, pembuatan berdaya saing, penjenamaan bijak dan pemasaran serta pengedaran yang strategik bagi kanak-kanak.

Inilah komitmen syarikat dan membuktikan bahawa dalam masa yang singkat sahaja syarikat milik bumiputera ini semakin maju. Dengan penuh keyakinan, kami berharap bahawa MAYYARICH SDN BHD akan terus menerima sokongan dan galakan daripada anda semua. Kami juga berusaha untuk menghasilkan lebih banyak produk baru selari dengan kemajuan era globalisasi.

Visi

Memberi impak yang mampu memperkayakan dan menguasai pasaran produk penjagaan bayi dan kanak-kanak dengan strategi yang cekap dan berkesan juga perkhidmatan yang meluas seluruh asia.

Misi

  1. Kami akan melahirkan para usahawan yang bertaraf professional, komited dalam menjiwai perniagaan sebenar serta menawarkan perkhidmatan yang terbaik di samping produk yang berkualiti.
  2. Kami akan menambah baik nilai kehidupan, mambantu dan memberi peluang kepada orang ramai untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik dan lebih bahagia.
  3. Kami akan membimbing dan memberi latihan juga berkongsi pengetahuan agar dapat mendorong ahli kami dengan cara yang betul untuk memastikan pendapatan masa hadapan mereka terjamin dan mereka dapat berkembang maju secara konsisten dan profesional.