Bahan Yang Tidak Selamat Untuk Bayi Anda

BAHAN YANG TIDAK SELAMAT UNTUK BAYI ANDA

Semua ibubapa akan teruja buat persediaan untuk sambut si manja. Seboleh mungkin kita nak berikan yang terbaik dalam semua perkara untuk anak-anak.

Namun tak semua benda yang kebanyakan orang lain buat kita pun perlu ikut. Contohnya dalam memilih produk untuk bayi, banyak produk-produk terkenal di pasaran sebenarnya tidak perlu dan tidak selamat untuk digunakan pada bayi kita.

Bagaimana nak tahu? Mudah sahaja. Sebelum beli pastikan semak kandungan produk tersebut. Pastikan ia tidak mengandungi 5 bahan kimia di bawah ni.

TALKUM

Talkum ialah serbuk mineral yang ditambah dalam bedak bayi. Ia bertindak sebagai agen pengeringan, tetapi dalam masa yang sama boleh mendatangkan kesan sampingan kepada sistem pernafasan. Kadangkala bedak bayi yang dilabel ‘talc free’ masih mengandungi talkum dalam senarai kandungannya. Penggunaan bedak yang mengandungi talkum boleh menjejaskan system pernafasan terutamanya bayi. Sila berhati-hati ya!

CAMPHOR

Camphor di hasilkan dari sejenis pohon kapur barus. Tahukah ‘Camphor’ atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang ada di pasaran. Ia berfungsi baik untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selesema. Walaubagaimanapun, produk yang mengandungi kapur barus ini dilaporkan TIDAK SESUAI digunakan untuk kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah.

Kanak-kanak sangat terdedah kepada kesan toksik camphor, yang mudah diserap melalui kulit dan membran mukus. Malah, ia boleh menyebabkan risiko sawan terutamanya kepada bayi bawah 2 tahun.

MENTHOL / MINT

Mentol pula adalah sebatian organik yang diperbuat secara sintetik ataupun diperolehi daripada minyak-minyak pudina. Mentol mempunyai keupayaan sebagai kelegaan yang mengujakan kerana menghasilkan rasa dingin.

Namun begitu apa-apa yang bersifat "mint, papermint eo termasuk menthol" tidak sesuai untuk bayi bawah 30 minggu kerana ianya boleh menyebabkan gangguan pernafasan buat bayi.

PARABEN

Paraben adalah sebatian kimia yang banyak digunakan sebagai pengawet dalam industri penjagaan diri dan keluarga. Ia adalah dari sumber sintetik. Antara jenis paraben adalah menthylparaben, ethylparaben, propylparaben, butylparaben, isobutylparaben dan isopropylparaben.

Parabens boleh bertindak seperti hormone wanita, estrogen dalam tubuh kita. Jika berlebihan, ia dibimbangi akan menyebabkan masalah kesihatan di masa akan datang. Peningkatan tahan estrogen yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan beberapa jenis kanser. Oleh demikian menyebabkan gangguan hormon.

Kesan buruk paraben lebih dirasakan oleh bayi berbanding dewasa kerana bayi lebih menyerap paraben dan menyebabkan iritasi kulit.