UBAT BATUK DAN UBAT SELSEMA TAK DIBENARKAN UNTUK BAYI BAWAH USIA 2 TAHUN?
“Dah berminggu-minggu si kecil ni batuk-batuk. Aduhai kesiannya si kecil ni nampak lemah. Pulak tu badan dah panas nak demam. Nak bagi ubat batuk tak boleh pula sebab ubat batuk untuk bayi bawah 2 tahun tak dibenarkan. Tapi kenapa ya? Kalau macam tu, macam mana si kecil ni nak sihat? Risaunya.”
Menurut Food and Drugs Administration (FDA), ubat batuk dan selesema tidak harus diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun kerana ia boleh memudaratkan. Kanak-kanak ini berisiko untuk mendapat kesan advers yang serius serta berpotensi untuk menyebabkan kematian terutamanya akibat penekanan saluran pernafasan.
JOM SEMAK; BAHAYA UBAT SELSEMA & UBAT BATUK BAYI BAWAH 2 TAHUN
Berikut adalah sebab mengapa anda tak boleh memberi ubat selsema dan ubat batuk bayi bawah 2 tahun.
1. AMARAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA & PIHAK FARMASEUTIKAL
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi bayi dan anak kecil di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.
Menurut sumber dari MyHealth, bermula dari tahun 2008 juga pihak farmaseutikal US Food and Drug Administration (USFDA) telah mengeluarkan amaran berkenaan penggunaan ubat untuk rawatan batuk dan demam (cough and cold) pada kanak-kanak. Dalam amaran tersebut, pihak USFDA memberi amaran agar tidak menggunakan ubat-ubatan over the counter (iaitu yang boleh dibeli) tanpa preskripsi untuk merawat batuk dan selsema anak kecil yang berusia di bawah 2 tahun. Memandangkan ubat batuk dan selsema mudah diperolehi di farmasi, kedai menjual produk kesihatan mahupun kedai-kedai runcit, ibu bapa dinasihatkan agar tidak sewenang-wenangnya memberi ubat-ubatan ini kepada bayi, terutamanya yang berusia bawah 2 tahun kerana sistem tubuh mereka amat sensitif. Selain bayi, kanak-kanak di bawah 6 tahun juga tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema melainkan dipreskripsikan oleh doktor.
2. TIDAK BERKESAN KEPADA BAYI BAWAH 2 TAHUN
Menurut sebuah artikel oleh Malaysian Medical Gazette, ahli farmasi Mark Chong menerangkan bahawa tiada bukti yang kukuh menunjukkan keberkesanan penggunaan ubat batuk dan selsema bagi anak kecil di bawah 2 tahun. Apabila risiko kesan sampingan negatif daripada ubat batuk bayi dan juga selsema, tiada justifikasi untuk pemberian ubat-ubat ini kepada kanak-kanak.
Menurut sebuah sumber lagi, penggunaan ubat batuk bayi dan ubat selsema sebenarnya tidak dapat menyembuhkan keadaan tersebut. Sebaliknya, ia hanya bertujuan untuk mengawal simptom yang dialami. Selain itu, ia boleh memberi kesan bahaya jika tidak dipreskripsikan dengan tepat.
3. KEGAGALAN SISTEM PERNAFASAN
Sebuah artikel oleh Root Of Science mendedahkan bahawa penggunaan ubat selsema boleh menyebabkan bayi berhenti bernafas (apnea). Ini kerana, kebanyakan ubat selsema yang diberikan akan menyebabkan pesakit berasa mengantuk dan tidur. Ia adalah kesan daripada ubat anti-histamin yang merentasi ‘blood brain barrier’ dan mengganggu sistem histamin dalam otak. Apabila diberi pada kanak-kanak atau bayi, ia boleh mengganggu pusat pernafasan yang berada di dalam otak dan seterusnya menyebabkan mereka berhenti bernafas dengan sendirinya.
Berikut adalah kandungan yang perlu dielakkan:
4. MENYEBABKAN BAYI KURANG MENYUSU
Selain daripada kesan serius yang disebutkan, kesan mengantuk secara tidak langsung menyebabkan bayi kurang menyusu dan minum. Hal ini boleh menyebabkan dehidrasi, seperti dan sekiranya keadaan tidak dipantau dan dibiarkan berterusan, ia tentulah berisiko dan akan membahayakan kesihatan bayi.
5. DOS TIDAK TERKAWAL
Kebanyakan ubat-ubatan ini mengandungi lebih daripada satu bahan, dan mungkin terdapat bahan yang sama dalam 2 ubat-ubatan yang berlainan. Jika seseorang memberi ubat selsema dan ubat batuk bayi anak tanpa meneliti kandungannya, mereka mungkin akan memberi bahan yang sama dan menyebabkan lebihan dos.
Golongan kanak-kanak lebih terdedah kepada risiko untuk mendapat kesan toksik dan kesan sampingan ubat-ubatan jika berlaku kesilapan pemberian dos ubat. Walaupun begitu, dalam sesetengah keadaan, penggunaan ubat batuk dan selsema adalah amat perlu bagi tujuan rawatan untuk pesakit kanak-kanak setelah faedah dan risiko yang berkaitan dipertimbangkan sepenuhnya.
Jika ubat terpaksa diberikan, pastikan anda mengetahui langkah keselamatan berikut:
- Mematuhi dos yang ditetapkan
- Tidak berkongsi ubat dengan anak yang lain
- Menggunakan alat penyukat yang tepat (bukannya tudung penyukat, camca atau sudu)
ALTERNATIF YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH IBU BAPA
Terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh dipertimbangkan sebagai alternatif kepada ubat batuk dan selesema sekiranya bayi atau kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah mengalami masalah batuk dan selesema. Antara kaedah-kaedah tersebut adalah:
1. Ubat titisan atau semburan hidung
Menggunakan ubat titisan atau semburan hidung yang mengandungi garam laut (normal saline atau sodium chloride 0.9%). Ubat ini boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat dengan mengekalkan kelembapan rongga hidung.
2. Alat penyembur kelembapan
Penggunaan alat penyembur kelembapan (Mist Humidifier) juga boleh memberi kelegaan kepada hidung yang tersumbat dan kesukaran untuk bernafas.
3. Alat picagari bulb
Menggunakan alat picagari bulb untuk menyedut lendir atau mukus keluar daripada rongga hidung.
4. Minum susu secara kerap
Memastikan bayi minum susu secara kerap untuk menggalakkan penghidratan badan.
5. Tidur dengan meninggikan bahagian kepala
Bayi selsema mengalami sukar tidur. Tinggikan kepala bayi selsema semasa tidur untuk bantu bayi bawah 2 tahun yang selsema bernafas dengan lebih lancar dan selesa.
6. Bawang Merah
Kupas bawang merah besar. Hiris dan tumbuk sehingga mengeluarkan jus. Letak di dalam piring dan tinggalkan berdekatan tempat tidur bayi bawah 2 tahun.
7. Minyak Bawang Putih
Petua bawang putih tidak dapat dipisahkan dengan budaya kita. Sapukan minyak bawang putih di tapak kaki, dada, belakang badan dan pelepah hidung bayi selsema. Pada waktu malam, sarungkan stokin pada bayi bawah 2 tahun yang selsema selepas sapuan minyak bawang putih.
Cara buat minyak bawang putih dengan mudah
- Bakar bawang putih tanpa minyak di atas api dapur sehingga melepuh.
- Ketuk manja bawang putih sehingga terbelah sedikit.
- Campurkan bawang putih tersebut dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara.
- Lenyek dan gaulkan bawang putih bersama minyak tersebut.
- Sapu di dada, belakang dan tapak kaki bayi selsema.
8. Air Kunyit
Kunyit ialah antibiotik semulajadi yang membantu sistem imun melawan selsema. Gosokkan kunyit hidup di permukaan kasar untuk dapatkan airnya. Sapu air kunyit ke batang hidung bayi bawah 2 tahun.
Cara ini boleh melegakan hidung bayi yang tersumbat dan melegakan pernafasan. Anda boleh juga menumbuk kunyit hidup dan sapukan ke dada dan belakang bayi.
9. Mayya Baby Cream
Mayya Baby Cream adalah krim bayi “waterbase” berasaskan minyak kelapa dara, lemon, bawang putih, habbatussauda dan aloe vera serta bahan-bahan lain yang cepat memberi kesan kerana molikul krimnya yang waterbase lebih kecil cepat menyerap dalam kulit. Mayya Baby Cream selamat untuk kegunaan bayi bawah 2 tahun yang batuk dan selsema kerana ia tiada bahan kimia berbahaya serta tiada kandungan menthol, camphor dan papermint sangat selamat digunakan oleh bayi menghidap G6PD. Sapukan Mayya Baby Cream di telapak kaki, dan T-Zone setiap 20-30 minit dalam masa 2 jam dan juga buat tepukan percussion di belakang badan. Pakai setiap selepas mandi dan juga sebelum tidur.
Batuk dan Selesema adalah sebahagian daripada kehidupan. Setelah anda berjaya mengharungi batuk dan selesema bayi anda buat kali pertama, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan jika ia dijangkiti lagi.