MayyaBaby dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016 (secara kolektif, MayyaBaby atau “kami”) menghormati hak anda berkaitan dengan maklumat peribadi anda ketika anda berkomunikasi dengan kami.
Kami telah menghasilkan Dasar Privasi ini untuk memaklumkan kepada anda bagaimana kami mengumpul, menyimpan, menggunakan, berkongsi, memproses dan melindungi maklumat peribadi tentang pengguna kami (“anda”). Ia juga memaklumkan anda bagaimana anda boleh mengakses dan mengemas kini maklumat peribadi dan membuat pilihan tertentu berkenaan penggunaan maklumat peribadi anda.
Dengan menggunakan laman web kami, aplikasi atau selainnya yang memberikan kami maklumat peribadi anda, anda bersetuju dengan amalan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Dasar Privasi ini, sila jangan gunakan laman web atau aplikasi kami, atau memberi apa-apa maklumat peribadi anda kepada kami. Kami berhak membuat pindaan kepada Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Sebarang pindaan akan dipaparkan dalam Dasar Privasi ini. Kami menggalakkan anda untuk sentiasa meneliti Dasar Privasi ini untuk memastikan bahawa anda mengetahui sebarang perubahan dan bagaimana maklumat anda akan digunakan.
Jika anda mempunyai apa-apa permintaan mengenai maklumat peribadi anda atau sebarang pertanyaan berkaitan dengan Dasar Privasi ini, sila <Hubungi Kami>.
DASAR MAYYABABY TENTANG PRIVASI
S1. Apakah yang terpakai di bawah Dasar Privasi ini?
J1. Dasar Privasi ini terpakai kepada maklumat peribadi yang kami kumpulkan daripada anda atau diterima daripada pihak ketiga yang bertindak bagi pihak kami sebagai ejen-ejen, kontraktor-kontraktor, pembekal-pembekal perkhidmatan dan/atau penasihat-penasihat profesional yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami (“Pihak-Pihak Ketiga Lantikan”), atau daripada syarikat induk kami dan subsidiari-subsidiarinya di mana-mana tempat di dunia (secara kolektif “Syarikat-Syarikat Berkaitan”) mengenai pengguna kami. Dasar Privasi ini tidak terpakai kepada maklumat di luar milikan, kawalan atau kuasa kami.
Harap maklum bahawa kami boleh menggabungkan maklumat peribadi yang kami kumpulkan melalui satu kaedah (misalnya, melalui laman web) dengan maklumat peribadi yang kami kumpulkan melalui kaedah yang lain (misalnya, melalui aktiviti luar talian). Ini dilakukan untuk mendapat pandangan yang lebih lengkap tentang pengguna kami, seterusnya membolehkan kami untuk melayani anda dengan lebih baik dan dengan lebih penyesuaian.
Dasar Privasi ini terpakai kepada semua maklumat peribadi yang kami kumpulkan termasuk menerusi:
S2. Apakah maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh MayyaBaby menerusi laman web ini dan bagaimana MayyaBaby mengumpulkan maklumat tersebut?
J2. Maklumat peribadi atau data peribadi adalah maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda dengan sendiri atau secara gabungan dengan data lain yang kami kumpulkan atau mempunyai akses kepadanya. Dalam keadaan di mana maklumat peribadi dan lain-lain digabungkan (misalnya maklumat hubungan peribadi dengan akaun log masuk atau maklumat demografi), maklumat tersebut adalah dianggap sebagai maklumat peribadi.
Kami berusaha untuk menghadkan jumlah maklumat peribadi yang kami kumpul dan simpan setakat hanya mengikut keperluan yang sewajarnya bagi menyediakan perkhidmatan yang relevan kepada anda.
Dasar Privasi ini terpakai kepada semua maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh kami seperti:
Maklumat peribadi sensitif – ini termasuk maklumat tentang kesihatan fizikal dan mental anda atau keadaan perubatan anda dan kepercayaan agama anda yang mana ianya dikumpulkan dengan persetujuan nyata anda pada masa pengumpulan maklumat tersebut.
S3. Bagaimanakah MayyaBaby menyimpan maklumat peribadi anda dengan selamat?
J3. Kami mengambil segala langkah teknikal dan organisasi yang sewajarnya untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat peribadi anda yang dikumpulkan menerusi pelbagai cara seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Usaha ini termasuk, tetapi adalah tidak terhad kepada:
(i) menyimpan maklumat peribadi anda dalam persekitaran yang dijamin selamat yang tidak tersedia kepada orang awam dan hanya boleh diakses oleh kakitangan MayyaBaby yang diberi kuasa, dan Pihak-Pihak Ketiga Lantikan (seperti ditakrifkan dalam Soalan 1) yang mana adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat);
(ii) memastikan langkah-langkah keselamatan yang mencukupi dilaksanakan demi melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat peribadi sensitif tertentu (seperti maklumat kad kredit dan maklumat kesihatan) semasa penghantaran, dan
(iii) mengenal pasti identiti pengguna berdaftar sebelum mereka boleh mengakses maklumat peribadi yang kami simpan tentang mereka.
S4. Apakah tujuan MayyaBaby menggunakan maklumat peribadi anda?
J4. Maklumat peribadi anda hanya akan digunakan bagi tujuan seperti yang telah diberikan kepada MayyaBaby.
Selain itu, Kami juga mungkin menggunakan maklumat peribadi anda bagi tujuan yang dinyatakan di bawah. Harap maklum bahawa tujuan penggunaan di bawah mungkin tidak relevan terhadap semua pengguna.
Dengan menggunakan mana-mana ciri dan perkhidmatan yang dinyatakan dalam Soalan 1 di atas, anda bersetuju kepada pengumpulan, penggunaan dan pendedahan (mengikut mana yang berkenaan) maklumat peribadi anda oleh kami seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.
S5. Kepada siapa dan mengapa maklumat anda mungkin didedahkan dan dipindahkan oleh Kumpulan MayyaBaby Malaysia?
J5. MayyaBaby mungkin berkongsi dan memindahkan maklumat peribadi anda dengan syarikat-syarikat berkaitan kami di serata dunia termasuk syarikat induk kami dan subsidiari-subsidiarinya (secara kolektif “Syarikat-Syarikat Berkaitan, dan Pihak-Pihak Ketiga Lantikan (seperti ditakrifkan dalam Soalan 1).
Kami jugaungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan penaja-penaja bersama dan rakan-rakan perniagaan untuk promosi. Dalam keadaan tertentu, ini mungkin melibatkan, pemindahan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia. Sila rujuk kepada “Soalan 7 – “Ke negara manakah maklumat peribadi anda akan dihantar dan mengapa?” untuk maklumat mengenai pemindahan data ke luar Malaysia.”
Apabila anda menjadi pemenang dalam suatu peraduan atau mengambil bahagian dalam aktiviti kami, kami mungkin menyiarkan nama anda, gambar-gambar dan maklumat peribadi lain tanpa pampasan bagi tujuan pengiklanan dan publisiti.
Jika anda tidak mahu maklumat anda dikumpulkan oleh atau dikongsi dengan sebuah syarikat selain daripada kami, Syarikat-Syarikat Berkaitan kami dan Pihak-Pihak Ketiga Lantikan kami (seperti ditakrifkan dalam Soalan 1), anda sentiasa boleh memilih untuk tidak ikut serta atau tidak mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut pada masa maklumat peribadi anda dikumpul/diminta.
Maklumat agregat
Kami mungkin berkongsi maklumat demografi atau kaji selidik agregat dengan pihak-pihak ketiga, di mana maklumat ini adalah dalam bentuk anonimus dan tidak akan mengandungi sebarang maklumat peribadi. Maklumat agregat yang kami kongsi mungkin termasuk maklumat anonimus yang diambil menerusi penggunaan ‘cookies’ dan lain-lain Teknologi Penjejakan yang sama, seperti yang diterangkan dalam Soalan 8 di bawah.
Kami juga mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda kepada badan kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang jika diperlukan untuk berbuat demikian di sisi undang-undang; atau jika pada pertimbangan niat baik kami, tindakan tersebut adalah wajar dan perlu bagi mematuhi proses undang-undang; untuk membalas apa-apa tuntutan atau tindakan guaman; atau untuk melindungi hak MayyaBaby, pelanggannya dan/atau orang awam.
Kami juga mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda kepada bakal pemeroleh daripada mana-mana perniagaan MayyaBaby yang berkenaan.
S6. Bagaimanakah anda boleh mengakses, mengubah atau membuat pilihan lain berkenaan dengan penggunaan maklumat peribadi anda yang dihantar kepada kami?
J6. Berikut merupakan pilihan-pilihan berkenaan dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda oleh kami.
Anda boleh menukar pilihan – Anda sentiasa mempunyai pilihan untuk tidak berkongsi apa-apa maklumat peribadi dengan kami. Bagaimanapun, jika anda membuat pilihan ini, ia akan menghadkan aktiviti-aktiviti dan ciri-ciri yang disediakan untuk anda.
Bagaimana menukar pilihan – Jika anda tidak mahu menerima komunikasi dan/atau perkhidmatan daripada laman web atau jenama MayyaBaby, sila pilih untuk tidak menerima komunikasi atau perkhidmatan tersebut pada masa pendaftaran. Jika anda telah membuat pilihan dan kemudian ingin menukar pilihan, sila layari bahagian pertukaran pilihan yang disediakan dalam laman web atau aplikasi kami dan menukar pilihan anda.
Bagaimana jika saya menerima e-mel, mesej atau kenalan lain yang tidak dijangkakan – Dalam setiap komunikasi pemasaran yang dihantar kepada anda, kami memberi pilihan kepada anda untuk berhenti menerima komunikasi pemasaran masa hadapan (misalnya, berhenti melanggan). Sila ikuti proses atau arahan pemberhentian melanggan yang disediakan pada e-mel tersebut.
Bagaimana saya tahu sama ada saya telah membuat pilihan – Anda sentiasa boleh menyemak atau mengemas kini apa-apa maklumat peribadi anda yang telah dikumpulkan oleh kami. Sila layari bahagian pertukaran pilihan yang sewajarnya dalam laman web atau aplikasi kami.
Sekiranya mana-mana mekanisme yang dinyatakan di atas tidak tersedia atau anda ingin membuat permintaan lain atau anda mempunyai sebarang soalan, aduan, atau komen berkenaan dengan Dasar Privasi ini atau amalan pengumpulan maklumat kami, sila kemukakan permintaan atau pertanyaan bertulis anda ke:
Hubungi: Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Alamat:
MayyaBaby
<alamat syarikat>
Borang Web: <link contact us>
Atau
Hubungi kami :<no tel office>
S8. Teknologi Penjejakan – Bagaimana dan mengapa MayyaBaby menggunakannya?
J8. MayyaBaby menggunakan Teknologi Penjejakan (sebagai contoh “Cookies, Alamat IP, Log Fail, Penandaan”) untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana pengunjung menggunakan laman web ini. Teknologi Penjejakan membantu kami untuk membuat penyesuaian laman web MayyaBaby bersesuaian dengan penggunaan peribadi anda, untuk meningkatkan kemudahan penggunaan, mendapatkan maklum balas tahap kepuasan mengenai laman web kami (menerusi rakan-rakan perniagaan yang ditetapkan) dan untuk berkomunikasi dengan anda di mana-mana melalui web. Teknologi Penjejakan digunakan untuk membolehkan tujuan-tujuan tersebut apabila anda memasuki laman kami.
Apakah jenis cookies yang digunakan oleh laman web MayyaBaby ?
Kami mungkin menggunakan cookies berikut pada laman web MayyaBaby :
Cookies Sesi (Session Cookies) – Cookie ini ialah fail cookie sementara di mana ia akan dipadam apabila anda menutup pelayar anda. Apabila anda memulakan semula pelayar anda dan masuk kembali ke laman yang mencipta cookie tersebut, laman web tersebut akan menganggap ada sebagai pengunjung baru.
Cookies Berterusan (Persistent Cookies) – Cookies ini tersimpan di dalam pelayar anda sehingga dipadam secara manual atau sehingga pelayar anda memadamnya berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan dalam cookie tersebut. Cookie ini akan mengenali anda sebagai pengunjung kembali.
Cookies yang Diperlukan (Necessary Cookies) – Cookies yang Diperlukan adalah sangat perlu untuk operasi laman web MayyaBaby. Ianya membolehkan anda untuk mengemudi laman web dan menggunakan fungsi laman web kami.
Cookies that send information to us – Cookies ini ialah cookies yang kami tetapkan pada laman web MayyaBaby dan ianya hanya boleh dibaca oleh laman tersebut. Ianya juga dikenali sebagai cookie “Pihak Pertama”.
Kami juga meletakkan cookies pada iklan-iklan MayyaBaby pada laman web lain yang dimiliki oleh pihak ketiga (cth. Facebook). Kami memperoleh maklumat daripada cookies tersebut apabila anda menekan pada atau berinteraksi dengan iklan. Dalam keadaan ini, MayyaBaby meletakkan cookie “Pihak Ketiga”. MayyaBaby mungkin menggunakan maklumat yang diperoleh daripada cookies untuk menghantar iklan yang relevan dan berkepentingan kepada anda berdasarkan tingkah laku pada masa lepas anda dalam talian.
Cookies yang menghantar maklumat kepada syarikat lain – Cookies ini ialah cookies yang ditetapkan pada laman web MayyaBaby oleh syarikat kongsi kami (cth. Facebook atau pengiklan-pengiklan). Mereka mungkin menggunakan data yang dikumpul daripada cookies ini untuk menyasarkan iklan secara anonim kepada anda pada laman web lain, berdasarkan lawatan anda ke laman MayyaBaby. Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan widget social (cth. Ikon Facebook) pada laman web MayyaBaby, ia akan merekod “perkongsian” atau “kesukaan”. Facebook (sebagai syarikat yang menetapkan cookie) akan mengumpul data.
Contoh cookies yang digunakan oleh laman web ini:
Cookie yang Digunakan / Jenis dan Kategori | Tujuan | Apakah Data yang Dikumpul? | Maklumat Lanjut |
Cookies Prestasi (Performance Cookies) Jenis: Analisis Kategori: Berterusan Sesi Pihak Ketiga | Membantu kami memahami bagaimana pengunjung berinteraksi dengan laman web kami dengan memberikan maklumat mengenai kawasan yang dilawat, masa yang digunakan dan sebarang isu yang dialami, seperti mesej ralat. Ini membantu kami untuk meningkatkan prestasi laman web kami. | Semua data dikumpul dan diagregat secara anonim. | Google Analytics; https://developers.google.com/analytics/devguides/collection/analyticsjs/cookie-usage DoubleClick; https://support.google.com/adsense/search?q=Performance%2BCookies&count=16 |
CookiesPerkongsian Sosial (Social Sharing Cookies (Juga dikenali sebagai cookies “Pihak Ketiga”, atau “Widget Sosial”) Jenis: Sosial Media / Perkongsian Kategori: Pihak Ketiga | Perkongsian social pada laman web dijalankan oleh pihak ketiga. Pihak ketiga mungkin meletakkan cookies pada komputer anda semasa anda menggunakan ciri perkongsian sosial pada laman web, atau sekiranya anda telah masuk di dalamnya.Cookies ini membantu anda untuk meningkatkan pengalaman penggunaan laman web. Ia membenarkan anda untuk berkongsi komen, penarafan, halaman, penanda halaman dan mambantu memberikan akses yang lebih mudah kepada rangkaian sosial dan kemudahan dalam talian sosial. | Cookie ini mungkin mengumpul data peribadi yang diberikan secara sukarela, seperti nama pengguna anda. | Facebook; https://www.ghostery.com/en/apps/ Twitter; |
Penyasaran / Pengiklanan Jenis: Penjejakan Laman Bersilang Kategori: Berterusan Sesi Pihak Ketiga | Cookies ini digunakan untuk menghantar kandungan melalui iklan yang disasarkan yang relevan kepada anda dan berdasarkan minat anda atau untuk melimitkan kekerapan anda melihat iklan tersebut. Cookies ini juga membantu kami untuk mengukur keberkesanan kempen pengiklanan pada laman web <nama syarikat> dan lain-lain laman web. Kami mungkin berkongsi maklumat ini bersama pihak-pihak lain, termasuk agensi kami. | Cookies ini mengesan pengguna melalui alamat IP pengguna. | DoubleClick; |
Teknologi lain yang serupa
Laman web MayyaBaby juga menggunakan teknologi penjejakan yang lain termasuklah alamat IP dan fail log, di mana ianya juga membantu kami untuk menyesuaikan laman web MayyaBaby terhadap keperluan peribadi anda.
Alamat IP
Alamat IP ialah nombor yang digunakan oleh komputer dalam rangkaian untuk mengenalpasti computer anda setiap kali anda menggunakan internet. Kami mungkin merekod alamat IP bagi tujuan berikut:
(i) Penyelesaian masalah teknikal,
(ii) mengekalkan keselamatan laman web,
(iii) pemahaman lanjut berkenaan penggunaan laman web kami, dan
(iv) untuk menyesuaikan kandungan mengikut keperluan anda bergantung pada negara anda berada.
Fail Log
Kami (atau Pihak Ketiga bagi pihak kami) mungkin mengumpul maklumat dalam bentuk log fail yang merekod aktiviti laman web dan mengumpul statistik mengenai kebiasaan pelayaran pengguna. Ianya dijana secara anonim, dan membantu kami untuk mengumpul (antara lain)
(i) jenis pelayar dan operasi sistem yang digunakan oleh pengguna,
(ii) maklumat berkenaan sesi pengguna (seperti URL mereka, tarikh dan masa mereka melawat laman web kami, dan halaman mana yang dilihat pada laman web kami dan untuk berapa lama), dan,
(iii) data pelayaran lain yang sama atau data click-stream (cth. Laporan trafik laman dan bilangan pengunjung unik).
Uruskan cookies/pilihan anda
Sila pastikan penetapan pada komputer anda memaparkan sama ada anda bersetuju untuk menerima cookies atau tidak. Anda boleh menetapkan pelayar anda untuk memberi amaran kepada anda sebelum menerima cookies, atau anda boleh menetapkannya untuk menolak, dimana ianya mungkin akan menyebabkan anda tidak boleh mengakses semua ciri-ciri laman web ini sekiranya anda berbuat demikian. Sila klik butang “help” pelayar untuk mengetahui cara untuk melakukannya. Anda tidak perlu mengaktifkan cookies untuk mengguna atau melayari bahagian lain laman web ini dan laman web MayyaBaby yang lain. Perlu diingatkan, sekiranya anda menggunakan komputer berlainan di lokasi yang berlainan, anda perlu memastikan bahawa setiap pelayar diselaraskan supaya sesuai dengan penetapan cookie anda.
S9. E-Pemasaran – Apa itu “SPAMMING” dan apakah pandangan MayyaBaby tentang emel SPAM?
J9. “Spamming” ialah aktiviti menghantar bahan-bahan berkaitan dengan pengiklanan atau pemasaran secara rawak yang dihantar kepada anda melalui lisan atau bertulis tanpa kebenaran dan persetujuan anda.
MayyaBaby tidak menghantar SPAM. MayyaBaby tidak akan menggunakan maklumat peribadi anda (termasuk alamat e-mel, alamat, nombor telefon) untuk pemasaran langsung atau komunikasi susulan melainkan anda memberikan kebenaran secara NYATA kepada kami. Ini dipanggil sebagai kebenaran “OPT-IN”.
Laman web MayyaBaby memberikan anda pilihan untuk menerima maklumat pemasaran melalui e-mel. Setiap e-mel yang dihantar oleh MayyaBaby memberi anda pilihan untuk menghentikan penerimaan sebarang bentuk bahan pemasaran pada bila-bila masa.
Sekiranya anda mempercayai anda telah menerima SPAM daripada MayyaBaby Malaysia, sila maklumkan kepada kami dengan serta-merta. Untuk butiran hubungan, sila rujuk Soalan 6.
S10. Berapa lamakah MayyaBaby akan menyimpan maklumat peribadi anda?
J10. MayyaBaby akan menyimpan maklumat peribadi yang dihantar kepada kami di pangkalan data yang berasingan. Maklumat peribadi anda akan disimpan oleh MayyaBaby hanya untuk tempoh yang munasabah dan diperlukan sahaja dengan mengambil pertimbangan keperluan kami untuk menjawab pertanyaan atau menyelesaikan masalah, menyediakan perkhidmatan yang ditambah baik dan baru dan mematuhi kehendak perundangan di bawah undang-undang terpakai. Ini bermakna kami akan menyimpan maklumat peribadi anda bagi suatu tempoh yang wajar selepas anda berhenti menggunakan perkhidmatan MayyaBaby atau berhenti menggunakan laman web MayyaBaby. Selepas tempoh ini, maklumat peribadi anda akan dipadam daripada semua sistem Kumpulan MayyaBaby.
Kami mungkin menyimpan maklumat demografi atau kaji selidik agregat untuk kegunaan dalaman, dimana maklumat ini adalah dalam bentuk anonimus dan tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi. Maklumat agregat yang kami kongsi mungkin termasuk maklumat anonimus yang diambil menerusi penggunaan ‘cookies’ dan lain-lain Teknologi Penjejakan yang sama, seperti yang diterangkan dalam Soalan 8 di atas.
Kami mengingatkan anda bahawa anda berhak untuk memadam maklumat peribadi anda pada bila-bila masa. Sila rujuk kepada Soalan 6. Bagaimana anda boleh mengakses, mengubah atau membuat pilihan lain berkenaan dengan penggunaan Maklumat Peribadi yang anda hantar kepada kami?
S11. Apakah dasar MayyaBaby tentang kanak-kanak yang menggunakan dan berkomunikasi melalui laman web kami?
J11. Kami percaya bahawa adalah amat penting untuk melindungi privasi kanak-kanak dan kami menggalakkan ibu bapa atau penjaga untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka untuk menyertai dan mengawasi aktiviti-aktiviti mereka, termasuk e-aktiviti.
Kami hanya mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak sekiranya ibu bapa atau penjaga mereka memberikan kebenaran untuk kanak-kanak tersebut mengemukakan maklumat peribadi dan kami hanya akan meminta maklumat peribadi yang diperlukan sahaja daripada kanak-kanak untuk menyertai program yang didaftarkan oleh kanak-kanak tersebut.
Laman web khas untuk Kanak-Kanak
Nota Khas kepada Kanak-Kanak berusia di bawah umur 18 tahun
Jika anda berusia di bawah umur 18 tahun, kami menasihatkan agar anda berbincang dengan ibu bapa atau penjaga anda SEBELUM mengemukakan maklumat peribadi anda kepada laman web MayyaBaby. Jika anda tidak pasti sama ada anda memahami sesuatu dalam bahagian ini, anda harus meminta bantuan daripada ibu bapa atau penjaga anda.
Nota Khas kepada Ibu Bapa Kanak-Kanak berusia di bawah umur 18 tahun
Kami mengesyorkan agar ibu bapa/penjaga sentiasa memeriksa dan mengawasi penggunaan e-mel dan lain-lain aktiviti dalam talian oleh anak mereka.
Sila pastikan bahawa anak anda tidak mengemukakan maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi dalam talian kepada kami tanpa meminta kebenaran anda.
Pada bila-bila masa, anda boleh menyemak maklumat peribadi anak anda dan mengubah atau memadamkannya dalam talian. Secara alternatif, anda juga boleh meminta kami untuk memadamkan apa-apa maklumat anak anda dengan menghantar borang permohonan pemadaman kepada kami melalui e-mel/pos ke alamat yang diberikan dalam butiran hubungan yang dinyatakan dalam Soalan 6.
S12. Adakah MayyaBaby mempunyai pautan kepada laman web pihak ketiga yang lain dan apa yang berlaku kepada maklumat peribadi saya apabila saya klik pada pautan ini?
J12. MayyaBaby mempunyai pautan kepada laman web lain untuk memberikan peluang kepada anda untuk meninjau maklumat berkaitan dan maklumat yang menarik berhubungan dengan MayyaBaby. Laman web pihak ketiga ini adalah di luar kawalan kami dan tidak dilindungi oleh Dasar Privasi ini. Jika anda mengakses laman web lain dengan menggunakan pautan yang disediakan, pengendali laman web tersebut mungkin mengumpul maklumat peribadi anda. Sila pastikan bahawa anda berpuas hati dengan Dasar Privasi laman web pihak Ketiga sebelum anda mengemukakan apa-apa maklumat peribadi. MayyaBaby tidak akan bertanggungjawab dari segi undang-undang atau selainnya bagi aktiviti-aktiviti, dasar privasi atau tahap pematuhan pihak ketiga tersebut dan MayyaBaby juga tidak menyokong amalan dan kandungan bagi mana-mana laman pihak ketiga.
S13. Apakah akan berlaku kepada maklumat peribadi saya apabila saya menghantar halaman web MayyaBaby melalui e-mel kepada orang lain?
J13. Beberapa laman web kami mungkin memberi anda peluang untuk menghantar alamat laman web kepada orang lain melalui e-mel. Dengan menggunakan ciri ini, kami perlu mengumpul alamat e-mel anda dan/atau alamat-alamat e-mel penerima alamat laman web yang dihantar oleh anda. Alamat-alamat e-mel yang dikumpul dengan cara ini tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan lain selain daripada memenuhi keperluan anda. Alamat-alamat e-mel ini tidak akan disimpan dan akan dipadamkan dengan serta-merta selepas permintaan anda dipenuhi.
S14. Apakah yang akan berlaku kepada maklumat peribadi saya sekiranya saya menyertai suatu kaji selidik dalam talian daripada MayyaBaby menerusi laman web ini?
J14. Dari masa ke semasa, kami mungkin meminta pengunjung laman web kami atau pelanggan atau peserta dalam mana-mana kempen, peraduan atau lain-lain acara promosi kami untuk menjawab soalan kaji selidik. Kebiasaannya kaji selidik hanyalah berkaitan dengan kandungan laman web kami, produk atau kategori produk kami. Kami mungkin meminta maklumat seperti umur atau lingkungan umur, jantina dan/atau lain-lain maklumat yang tidak boleh digunakn untuk mengenal pasti peribadi anda. Bagi tujuan kaji selidik ini, kami mungkin menambah maklumat yang diperoleh daripada Teknologi Penjejakan (untuk kaji selidik dalam talian) untuk digunakan bagi jawapan kaji selidik anda tanpa meminta maklumat untuk mengenal pasti peribadi anda. Maklumat peribadi yang dikumpulkan daripada pengundian dan kaji selidik adalah hanya untuk kegunaan dalaman MayyaBaby tetapi maklumat yang diagregatkan (dan bukan untuk yang boleh dikenal pasti secara peribadi) mungkin dikongsi dengan yang lain.
S15. Bolehkah MayyaBaby mengubah terma-terma Dasar Privasi ini?
J15. Dari semasa ke semasa, MayyaBaby akan membuat perubahan dan pembetulan kepada Dasar Privasi ini. Sila semak Dasar Privasi ini dari masa ke semasa untuk mengetahui perubahan tersebut dan bagaimana ianya boleh mempengaruhi anda.